|
---
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2012/3/1 9:30)
|
29 Februari 2012
Dengan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t., sukacita Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Tabung Amanah Saham Kedah (Tabung ASK) pada kadar 2.1 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 29 Februari 2012. Pengagihan pendapatan ini melibatkan jumlah pengagihan sebanyak RM2.77 juta .
Dengan kadar pengagihan sebanyak 2.1 sen seunit, pulangan pendapatan yang diperolehi pelabur ialah 7.9% , berdasarkan kepada harga Tabung ASK RM0.2651 pada awal tahun kewangan tersebut.
Bagi tempoh 1 Mac 2011 sehingga 28 Februari 2012, Indeks FBM Syariah mencatat kenaikan sebanyak 7.2%, daripada 10,001.69 pada 28 Februari 2011 kepada 10,720.94 pada 28 Februari 2012.
Seramai 26,882 pemegang unit berdaftar yang melanggan sejumlah 132 juta unit Tabung ASK pada akhir Februari 2012 layak menerima agihan pendapatan ini. Harga unit Tabung ASK akan diselaraskan selepas jam 5:30 petang 29 Februari 2012 sesuai dengan agihan ini.
Tab ...
|
|
Siaran Akhbar?Kemaskini Maklumat Pelabur Tabung ASK
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2012/2/24 9:16)
|
Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB) sedang di dalam proses pengemaskinian maklumat pelabur-pelabur Tabung Amanah Saham Kedah (Tabung ASK) sebelum penutupan akaun Tabung ASK bagi tahun kewangan berakhir 29 Februari 2012.
Semua pelabur Tabung ASK adalah dipohon untuk mengemaskini maklumat-maklumat peribadi mereka seperti alamat tempat tinggal bagi mereka yang telah berpindah, dan alamat lengkap bagi pelabur-pelabur yang sebelum ini tidak memiliki nombor atau lot rumah.
Objektif utama pengemasikinian maklumat pelabur-pelabur ini ialah bagi memastikan segala surat-menyurat yang dikeluarkan sampai kepada mereka.
Dalam masa yang sama, pelabur-pelabur di kalangan pegawai polis atau tentera yang telah bersara dipohon supaya mengemaskini nombor kad pengenalan baru mereka di dalam daftar pelabur.
ASKB berharap pelabur-pelabur Tabung ASK yang terlibat dapat mengemaskini maklumat mereka di ASKB selewat-lewatnya 15 Mac 2012. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami sama ada dengan datang ...
|
|
Maulidur Rasul?Keperibadian Terpuji, Perjuangan Dihayati
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2012/2/14 11:22)
|
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, Nabi Muhammad S ...
|
|
Selamat Tahun Baru 2012
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2012/1/5 16:05)
|
Kami, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan Amanah Saham Kedah Berhad, mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2012, khususnya kepada para pelabur dan seluruh rakyat Malaysia. Kedatangan Tahun Baru ini sudah pasti disulami dengan rasa amat gembira hasil kejayaan yang kita capai sepanjang tahun 2011, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kita untuk mencatat prestasi yang lebih gemilang. Seperti kelaziman, kita sentiasa membuat azam baru setiap kali menempuh tahun baru. Ada yang berupa azam peribadi, ada yang merupakan azam umum yang merumuskan cita-cita dan impian unit, jabatan dan organisasi kita. Keazaman ini tidak akan menjadi kenyataan jika ianya terbatas disebabkan oleh kelemahan diri sendiri. Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik TEPIAN. Marilah kita terus memberi sokongan kepada pengurusan ASKB untuk melaksanakan strategi yang telah disusun agar prestasi dana-dana yang diurus lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Terima ...
|
|
Vacancy: Marketing Executive
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2011/12/9 10:50)
|
Marketing Executive Amanah Saham Kedah Berhad is looking for a highly motivated and organised individual with strong marketing and sales skills to join us as Marketing Executive. If you are ambitious, competent, dynamic and self motivated individual, then this is an exciting opportunity for you to join our team. Selection Criteria Essentials: An Honours Degree in Marketing or related field. 1 – 2 years? experience in marketing of financial products/services. Able to work independently with minimum supervision, result oriented and meet deadlines. Excellent communication and interpersonal skills Ability to perform duties under pressure. Strong in customer relationship and selling skills. Customer focused, extremely professional dynamic and enthusiastic. A good command in English and Bahasa Melayu. Possess own transport. If interested, please e-mail or post your resume, stating your current and expected salary by 31 December 2011 to: Human Resources Management Unit ...
|
|
Laporan Pertengahan Tahun Tabung ASK?31 Ogos 2011
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2011/11/11 17:43)
|
Laporan Pertengahan Tahun telah dicetak dan diedarkan kepada semua pelabur-pelabur Tabung ASK sebelum 31 Oktober 2011. Bagaimanapun terdapat sedikit pembetulan di dalam laporan interim cetakan pertama di muka surat 13 di bawah tajuk ‘Statement of Changes in Equity’. Pembetulan adalah seperti berikut:
|
|
Kejohanan Bolasepak 7-Sebelah
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2011/10/27 15:49)
|
Amanah Saham Kedah Berhad telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak 7-Sebelah Peringkat Sekolah Kebangsaan yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Iskandar pada 15 Oktober 2011. Kejohanan ini telah menarik penyertaan sebanyak 24 buah pasukan yang melibatkan 19 buah sekolah di sekitar daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Yan. Sekolah Kebangsaan Jitra 2 telah dinobatkan sebagai Juara, Sekolah Kebangsaan Taman Uda selaku Naib Juara dan tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Kangkong. Juara membawa pulang hadiah berupa piala iringan, medal dan 150 unit Amanah Saham Kedah seorang, Naib Juara mendapat medal dan 100 unit Amanah Saham Kedah setiap seorang dan tempat ketiga mendapat medal dan 50 unit Amanah Saham Kedah seorang. Upacara penutup kejohanan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Rosli bin Azmi, Pegawai Khas Belia YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman.
|
|
Selamat Menyambut Aidil Fitri
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2011/9/15 9:46)
|
Pengurusan dan seluruh kakitangan ASKB mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada semua terutamanya pelabur-pelabur Tabung ASK
|
|
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2011/8/4 8:57)
|
Kami di Amanah Saham Kedah Berhad mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat dan khasnya kepada semua pelabur-pelabur Tabung ASK.
|
|
Kursus Pasaran Modal Islam
from AMANAH SAHAM KEDAH BERHAD
(2011/6/29 15:27)
|
Kursus ‘Islamic Capital Markets with special reference to the Islamic Equity Market’ telah adakan di Regency Darulaman Golf Resort pada 7 Jun 2011. Ia disampaikan oleh Assoc. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin yang mana merupakan Pengarah Urusan International Shariah Research Academy for Islamic Finance ( ISRA ). Kursus ini dihadiri oleh Pengurusan dan Eksekutif ASKB dan juga beberapa ahli Lembaga Pengarah dan ahli Majlis Penasihat Syariah ASKB. ASKB telah mendapat kelulusan sebagai ‘CPE Training Provider’ daripada Suruhanjaya Sekuriti. Kursus ini dianjurkan sejajar dengan kelulusan tersebut dan ia memberi 10 SIDC-CPE mata kepada semua peserta yang hadir. Sebahagian dari Lembaga Pengarah dan ahli Majlis Penasihat Syariah. Cendaramata kepada Assoc. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin disampaikan oleh Yang Amat Arif Dato? Wira Syeikh Yahaya bin Haji Jusoh.
|